empty
 
 

Terma dan Syarat Kempen StayHome


1. Peruntukan Umum

    • 1.1 Tajuk kempen - "Stay Home" (selepas ini dirujuk sebagai “Kempen").
    • 1.2 Kempen ini dianjurkan oleh Kumpulan InstaFintech (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur").
    • 1.3 Merupakan kempen mingguan yang diadakan dari Isnin 00:00 hingga Jumaat 23:59:59 (waktu terminal).
    • 1.4 Hadiah keseluruhan kempen akan dibahagikan di kalangan pemenang melalui kaedah berikut:
      • Tempat Pertama - tiket VIP ke perlawanan Borussia Dortmund;
      • Tempat Kedua - AS$1,000;
      • Tempat Ketiga - AS$750;
      • Tempat Keempat - AS$500;
      • Tempat Kelima - AS$250;
      • Hadiah tambahan untuk posting di Media Sosial #instahometrading - tiket untuk menyaksikan perlawanan pasukan Borussia Dortmund.
    • 1.5 Hasil data direkodkan pada jam 12:00, Sabtu. Waktu siang yang pendek bermula mengikut standard Amerika Syarikat (AS) pada Ahad kedua pada bulan Mac dan berakhir pada Ahad pertama pada bulan November.

2. Peserta

    • 2.1 Setiap pemilik akaun dagangan dengan Syarikat InstaForex layak untuk mengambil bahagian di dalam Kempen mingguan (selepas ini dirujuk sebagai "Peserta").
    • 2.2 Hanya pelanggan yang cukup umur (berumur lebih dari 18 tahun) boleh menyertai Kempen ini.
    • 2.3 Setiap Peserta hendaklah mendaftar di laman web InstaForex.
    • 2.4 Untuk menyertai Kempen, Peserta perlu membuka akaun demo individu.
    • 2.5 Peserta bersetuju untuk memberikan data yang benar, nama penuh sama dengan yang dinyatakan dalam dokumen ID, dan alamat e-mel yang sah.
    • 2.6 Sekiranya perdagangan pada dua atau lebih akaun dilakukan dari IP yang sama, Pihak Penganjur berhak untuk memberhentikan pemiliknya. Oleh itu, adalah sangat tidak digalakkan untuk menggunakan modem GPRS- dan 3G-.
    • 2.7 Pihak Penganjur berhak untuk menolak pendaftaran mana-mana peserta tanpa perlu menjelaskan alasan atau membatalkan penyertaan mana-mana peserta semasa Kempen atau setelah Kempen berakhir dengan penjelasan. Faktor untuk diskualifikasi adalah pembukaan jumlah besar pesanan yang berlawanan dengan pasangan mata wang yang sama pada akaun perdagangan yang berbeza pada masa yang sama, serta penggunaan kesalahan dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan terjamin.
    • 2.8 Mendaftar dalam Kempen, Peserta menerima semua peraturan yang berkaitan dengan Kempen
    • 2.9 Ahli saudara terdekat Peserta tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kempen yang sama. Sekiranya data pendaftaran akaun Peserta bertepatan dengan yang terdapat pada Peserta yang lain, pihak Syarikat berhak menganggap persamaan ini sebagai alasan untuk hilang kelayakan.

3. Syarat perdagangan

    • 3.1 Setelah mendaftar dalam Kempem, Peserta akan menerima akaun demo.
    • 3.2 Deposit permulaan AS$50,000 adalah sama untuk semua Peserta dan ia tidak boleh diubah.
    • 3.3 Leverage adalah 1: 500.
    • 3.4 Semua pesanan yang dibuat pada harga bukan pasaran akan dibatalkan. Pihak Pentadbiran Kempen berhak untuk mendiskualifikasi akaun yang digunakan untuk berdagang dengan sebut harga bukan pasaran.
    • 3.5 Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan pesanan Stop Loss, Take Profit dan Penasihat Pakar.
    • 3.6 Pasangan mata wang utama dan kadar silang adalah satu-satunya instrumen perdagangan yang tersedia dalam Kempen.
    • 3.7 Jumlah dagangan minimum ialah 0.01 lot, maksimum - 1 lot.
    • 3.8 Peserta boleh menukar jenis akaun dagangan kepada Bebas Swap secara percuma dengan menghubungi Jabatan Sokongan.
    • 3.9 Perlu membuka sekurang-kurangnya 7 transaksi dagangan setiap hari.
    • 3.10 Setiap perdagangan tidak boleh ditutup secara manual lebih awal daripada 1 jam setelah pembukaannya.
    • 3.11 Syarat perdagangan lain untuk akaun perdagangan kempen adalah sama seperti yang tertakluk pada akaun perdagangan nyata dengan InstaForex.

4. Pengumuman Keputusan

    • 4.1 Ekuiti akaun Peserta boleh didapati secara percuma di laman web syarikat semasa tempoh kempen.
    • 4.2 Penganjur berhak untuk menerbitkan nama peserta setelah Kempen berakhir.
    • 4.3 Maklumat kediaman Peserta juga boleh diterbitkan.
    • 4.4 Hasil keputusan kempen akan diterbitkan selama 14 hari setelah Kempen selesai dan semua prosedur pemeriksaan selesai.

5. Penentuan Pemenang

    • 5.1 Setelah Kempen berakhir, semua perdagangan ditutup secara automatik pada harga semasa
    • 5.2 Pemegang dengan jumlah deposit terbesar akan diumumkan sebagai pemenang.
    • 5.3 Sekiranya terdapat dua Peserta yang mempunyai jumlah keuntungan yang sama, pemenang akan ditentukan oleh pihak Penganjur.
    • 5.4 Pemenang Kempen bersetuju dengan penerbitan nama mereka.
    • 5.5 Penganjur berhak untuk menolak permintaan pendaftaran Peserta tanpa memberi alasan dan membatalkan penyertaan Peserta, sama ada semasa Kempen atau setelah Kempen berakhir, atas bukti langsung atau tidak langsung percubaan penipuan dengan dana hadiah.
    • 5.6 Syarikat berhak menolak untuk mengreditkan wang hadiah sekiranya Peserta mengumpulkan hadiah pada satu atau beberapa akaun

6. Penerimaan Hadiah

    • 6.1 Pemenang harus membuka dan mengesahkan akaun perdagangan nyata mereka dalam masa 30 hari selepas keputusan Kempen diumumkan.
    • 6.2 Dana hadiah akan dikreditkan ke akaun perdagangan nyata yang disahkan dan dibuka oleh pemenang.
    • 6.3 Pemenang mengakui bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti pada akaun yang dibuka oleh Pihak Pentadbiran Peraduan dan Kempen atau oleh pemenang sendiri yang tertakluk kepada perjanjian dan peraturan Kumpulan InstaFintech.
    • 6.4 Semua hadiah tidak boleh dikeluarkan, namun, keuntungan yang diperolehi melebihi jumlah hadiah boleh dikeluarkan tanpa dikenakan sekatan.
    • 6.5 Pihak Penganjur berhak untuk menyatakan hadiah yang telah diberikan tidak sah dan boleh dibatalkan apabila terdapat bukti langsung atau tidak langsung mengenai cubaan penipuan dengan dana hadiah.
    • 6.6 Akaun perdagangan dikenakan yuran secara automatik semasa Pemenang membuat permohonan pengeluaran. Semasa mempertimbangkan permohonan tersebut, pakar akan memastikan bahawa baki dan margin bebas mematuhi jumlah dana yang ada untuk pengeluaran. Sekiranya tidak memenuhi syarat, jumlah yang dinyatakan dalam permohonan pengeluaran akan dikreditkan kembali ke dalam akaun.
    • 6.7 Pemenang bersetuju bahawa setelah pengeluaran dibuat, hadiah akan dibatalkan dalam jumlah penuh.

7. Bahasa

    • 7.1 Bahasa peraturan semasa adalah Bahasa Inggeris.
    • 7.2 Untuk kemudahan Peserta, Pihak Penganjur menyediakan peraturan dalam bahasa yang berbeza dari Bahasa Inggeris. Versi peraturan yang diterjemahkan hanya bersifat maklumat.
    • 7.3 Sekiranya terdapat percanggahan diantara versi terjemahan dan peraturan dalam bahasa Inggeris, peraturan dalam bahasa Inggeris akan dianggap sebagai standard rujukan sebelumnya
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget